madam azlin
Tuesday, March 29, 2011
PROTON EXORA
Monday, March 28, 2011
gado dush dush
Sunday, March 27, 2011
hati yg sedih membawa berite yg gembire..
Thursday, March 24, 2011
fireflyz...
Opera Mini-fy your non-smart phone with DiGi & you stand a chance to win a HTC Mozart!
Anda idamkan peluang untuk melayari Internet dan laman web Facebook di smartphone seperti rakan-rakan anda yang lain? Berita baik untuk anda semua kerana kami mempunyai tawaran hebat untuk pengguna telefon bimbit biasa juga!
Dengan DiGi, anda mempunyai peluang untuk download Opera Mini dengan PERCUMA! Ya betul, PERCUMA! SMS “OPERA” dan hantar ke 2000.
Bukan itu sahaja, jika anda adalah prepaid sub, anda mempunyai peluang untuk memenangi 1MB PERCUMA penggunaan data jika anda tekan link FREE 1MB di Opera Mini anda.
Promosi ini tidak akhir disini, Churper, kerana anda boleh jadi salah satu yang beruntung untuk memenangi HTC Mozart dengan membuka Opera Mini dan klik pada Refer-A-Friend.
Opera Mini merupakan browser yang mampu memadatkan data sehingga 6x lebih cepat yang membolehkan anda melayari Internet dengan lebih cepat dan murah.
Jangan melepaskan promosi ini! Download Opera Mini anda hari ini!untuk keterangan lebih lanjut sila click DIGI
big momma like father like son
Wednesday, March 23, 2011
tahniah izan dan arif..
Tuesday, March 22, 2011
TAG..
Monday, March 21, 2011
tahniah zul & naz
dorang boleh..nape aku x boleh
Saturday, March 19, 2011
penangan hidustan..
aku berade di hollywood ke?
Thursday, March 17, 2011
sebuk..
air kosong aka sky juice
Wednesday, March 16, 2011
nk turun kan berat bdn x???
To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.
-Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed.
-Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories.
-Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still.
-Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.
-Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods.
-Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn.
Tuesday, March 15, 2011
bale bale (ikut dialog hantu kak limah)
- agak2 dah tau kesalahan ko tu..ko jgn ckp tau..ko tanye blk kat polis tu ko slh ape..kadang2 polis ni pancing ko je..buat2 la muke blur2
- jgn melawan(ok ni penting..sbb yela polis ni angin kus kus die lain mcm so ko terime je la die nak ckp ape..ko nak kutuk die lepas die dah bla)
- ko mcm redha jela die nak saman ko..tp ko buat2 la muke mcm kesian..
- jgn over merayu sgt..nnt lame2 polis tu yg meluat..
- mengaku jela slh ko..kalau die dah ckp ko slh..pastu ko merayu la..jgn ko buat muke berlagak...lain la ko byk duit boleh baya saman..tu ko nak belagak pun xpe..
- jgn buat muke sombong dan tunjuk ego ko..
- jgn mengelabah taik ayam..die pun manusia gak..
Sunday, March 13, 2011
my ambition is...
Saturday, March 12, 2011
fakta yg menarik..
Beza Wanita Dulu dan Kini Pada Tuala Wanita
Maafkan aku jika tajuk ini agak menyentuh sensiviti kenjantinaan. Lama sudah aku ingin mengeluarkan pandangan yang tersimpan dalam benak sanubari ini tetapi masa sering mencemburui aku dan saat ini, aku meluangkan masa sebentar untuk mengarang. Mengapa aku katakan beza wanita dulu dan kini adalah pada tuala wanita? Kerana, semakin berkembangnya kemajuan dalam dunia ini, maka semakin advance seorang wanita memakaikan sesuatu pada badan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya khususnya berkenaan tuala wanita yang menjadi sesuatu yang wajib di saat berdepan dengan period.
Jika kita kembali kepada zaman dahulu, ibu-ibu kita, semasa masih muda, nenek dan moyang wanita kita tidak kenal akan tuala wanita yang semakin rancak di pasaran kerana mereka hanyalah memakai tuala “good morning”, tuala mandi yang dikoyak kecil dan kain batik sebagai alas. Aku yang mengetahui fakta agung ini pada mulanya juga tergelak kerana agak mustahil untuk berbuat begitu. Tetapi setelah aku menekuni akan hikmah di sebalik sesuatu itu, lihatlah ibu-ibu kita, nenek dan keturunan di atas sana, mereka terhindar daripada penyakit berbahaya kerana tidak memakai bahan kimia ketika datang bulan dan mereka melahirkan ramai zuriat buat penyambung ummat di atas muka ini!
Mungkin sukar untuk diterima dengan kenyataan ini, selain penyakit berbahaya, ramai wanita sekarang susah mendapat zuariat juga kerana tuala wanita. Begitu hebatkah tuala wanita moden ini sehingga berjaya memandulkan seorang wanita? Ya, lihatlah betapa ramainya wanita yang mengadu di blog dan website yang berkaitan sakit puan, penjualan herba dan banyak lagi kerana gagal memberi zuriat kepada sebuah keluarga yang dibina. Sedih? Memang sedih!!
Cara Pemprosesan Tuala Wanita
Sebenarnya, tuala wanita yang ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?
Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.
Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.
Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.
Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.
Nak tahu lagi? Berapa ramai wanita yang sebenarnya tertipu (termasuk akulah ni) dengan jenama tuala wanita yang kononnya superbrand sedangkan mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dari gedung pemprosesan yang sama dan mula mem’patern’kan tuala wanita mengikut patern masing-masing. Dah siap dipatern, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai tuala wanita ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi padd masa hadapan.
Jika kita memakainya pasti terdedah kepada ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun sudah mula memakai tuala wanita yang bertoksin. Bahan-bahan kimia yang digunakan mula menyerap masuk dalam salur peranakan yang amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermacam-macam lagi.
Berjela aku membebel kali ini kerana ingin berkongsi rasa dan kesedaran dengan kaum wanita di luar sana. Akhir-akhir ini aku pun dah bertukar kepada tuala wanita yang tidak berkimia. Banyak sudah di pasaran seperti Avail, Susen, Bluemoon. Kalau syarikat tu tipu, kita jumpa di akhirat lah ok. Oh ye,hati-hati juga ketika membeli tuala wanita kerana terdapat makhluk lain yang hidup dalam tuala tersebut jika sudah lama dipackagingkan tapi tak terjual.
maxis or digi..
Friday, March 11, 2011
DIGI org kuning..
mahal melampau..
aku menyesal kahwin....
Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)
tsunami...
Thursday, March 10, 2011
mimpi??
Wednesday, March 9, 2011
sakit ati..
jalan jem???
ikan bakar..
- ikan/sotong/ape jela rase tekak korang nak mkn...
- kunyit serbuk/kunyit idup(kalau idup sila tumbuk)
- bawang besar(tumbuk)
- serai 3 batang(tumbuk)
- bawang putih(tumbuk)
- halia
- daun kunyit(nak pkai kan baju ikan tu nnt time nak bako)
- tomato(potong dadu)
- asam jawe
- cili api(potong kecik)
- bawang besar(potong dadu)
- bersih kan ikan tu dulu pastu lumur kan dgn limau(nak hilang kan hanyir)..
- tos kan ikan tu..lumur kan dgn garam
- tumbuk bwang besar/putih/halia/kunyit hidup/serai..serai tu kene potong kecik2 dulu ye..
- lumur kan bahan2 tumbuk td dekat ikan tu..agak2 mcm pucat je ikan tu..tabur kan serbuk kunyit..nmpk mcm cantik sikit la ikan tu..
- biar kan 5 minit bg bahan tu sebati dgn ikan..
- sambil2 nak tunggu ikan tu peram..kite buat la air asam die..x susah pun..potong la bawang besar/tomato..potong dadu ye..pastu campo kan la cili/bahan potong td letak asam jawe letak sedkit air masak..agak2 nak pedas..tekan2 la cili tu..bg die pedas sikit...pastu letak garam dan gule secukup rase...
- dah 5 minit kan..ambk daun kunyit td..letak kan ikan ats daun td..pastu tabur kan sedikit bahan2 perap td ats ikan..dah tu gulung tgh2..
- last sekali bakar ikan tu dengan api yg kecik..jgn besar2..kang hangus ikan anda...
- cucuk ikan tu dgn garpu nak tau dah msk ke belum...
- sedia untuk dhidang...