madam azlin
Friday, April 29, 2011
ASAM PEDAS BANGI
happy friday day..dah lame x update rase nye...still tengah mencari feel nk mengaupdate blog ni..td aku teman opismate aku g k.l...mmg dari pagi stok x mkn la..blk dari k.l kawan aku ni ajak makan dekat asam pedas bangi..cantik sgt la tu...mmg dah lame nk mkn dekat situ tp xde mase nk pegi..so kasi terjah gak arini..sepatut dah masuk kedai asam pedas ni oder la ikan masak asam pedas kan..tp aku g pilih ikan patin masuk tempoyak..mcm ikan patin tu memanggil2 aku lak kan...pastu aku ambk ulam2...pehhhhhhhh mmg layan ok..kuah die rase..ikan x hanyir..mmg tip top la..tp asam pedas die aku x rase lagi..myb next time kot..arge die standard la mcm kedai2 lain...sape2 nak try mkn dekat sini aku bg direction la ye...kedai ni terletak berhadapan dgn PKNS bangi..seberang jalan..kalau x tau gak sila tanye mr google..harap maklum..
Monday, April 25, 2011
syukur
Friday, April 22, 2011
TM GREEN DAYS
Thursday, April 21, 2011
hotdog???
Monday, April 18, 2011
tension...
ape perasaan korang bile perut rase sakit nk berry2 tibe2 ramai lak orang dkt toilet(situasi time dekat opis)...dan 1 lagi..ape perasaan korang tengah syok nk memerut(time ni toilet clear xde org) tibe2 org dtg nk gune jamban yg ko tgh gune..padahal ade lagi jamban sebelah(jamban duduk)..mst korang tension kan...mst ko nk berry2 pun kene cover2...mcm ni la situasi aku skrg...skrg ni terbantut system pembuangan aku..td ingt nk terus kan..tp phm2 sendiri la ye..berak dekat rumah lagi syok..tanpe gangguan..siap boleh berangan lagi..
alahai sayang
Wednesday, April 13, 2011
Bila suami nak minta kawin lagi..then si isteri...
..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
Tuesday, April 12, 2011
MELAYAN ISTERI
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.
Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.
Monday, April 11, 2011
TUPPERWARE
DONT SLEEP WITH...
mood:angry bird
Saturday, April 9, 2011
lawak dihari AHAD..
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
P/S:KANTOI!!!
Friday, April 8, 2011
JCARD DAY!!!
Thursday, April 7, 2011
bodoh vs pandai
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)
Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!
Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo
Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)
Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)
Ada lagi...scroll down
Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... hahahhaha...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
p/s:LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........
cerita lawak di hari jumaat
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .
Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... .
Kisah 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!
rambang mate
Wednesday, April 6, 2011
bz...
BASKIN REBAN AYAM
Monday, April 4, 2011
RM1??
lawak dpetang hari
Bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera.
Sementara suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain.
Jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik dan bergetah mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga.
Dia lantas mengiklankan diri di Senang.com.my untuk mencari jodoh ketiganya.
Si janda tu meletakkan 3 syarat:
1. Lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. Lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. Hebat di ranjang
So, selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat.
Lalu si janda tu pun bukak pintu. Alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.
"Saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak" kata si lelaki kudung tu.
Lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.
Lalu laki tu berhujah: "syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"
"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari"
"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.
"Eeerrrrr, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu dengan bangga…:)