madam azlin

madam azlin

Wednesday, August 1, 2012

laki sape la ni


speechless..mmg selalu nk tido dia akan jadi mcm ni..dah byk kali tau..padahal selimut ade..nk jugak kaut semua bantal2 yg ade tutup 1 badan..motip????

Tuesday, July 31, 2012

AWAS! TEKNIK TERBARU CURI KERETA


some information from my opis mate...sila bace!!!


Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan
apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
__._,_.___
 

mari berbuka dengan starbuck


sape2 peminat tegar starbucks jgn lepas kan peluang ni..starbucks buat promo..buy 1 free 1...i like free2 ni..tapi bukan setiap hari ye..only rabu dan jumaat je..start boleh serbu 6 ptg smp 8 mlm..mari tande dekat kalender masing2...

Sunday, July 29, 2012

list untuk raye..

memandang kan raye ade lagi beberape minggu tp persediaan kene awal..mcm weekend lepas walaupun baru seminggu pose tp sane sini semua crowded dgn manusia..nasib aku ade beli sikit2 sebelum pose..baju pun dah hantar siap2 since bulan 4 lagi..so mari kite check list kan ape yg x buat lg...

baju raye aku-done(dah ambk,dah basuh,belum iron)
kasut raye-done(1 pasang dah pkai..x menyabor name nye)
baju raye hubby-done
kasut raye hubby-done
baju tshirt hubby- not done
kuih raye-not done(dah oder tp belum bayo dan ambk)
duit raye-not done(mcm susah je nk tukar duit kat bank..jadi kene kumpul duit seringgit2 dari skrg)
baya zakat-not done

rase tu je kot..sejak dah kahwin ni kene prepare mcm2..sebab skrg dah ade 2 parents..so prepare kene lebih..lain la zmn bujang2 dulu kan..main redah je...ni duit mengalir mcm air..serius terus nangis..mmg kene buat checklist awal2..baya hutang permanent dulu baru beli bende lain..pffffttttt....

Thursday, July 26, 2012

hai 26 good bye 25...

lagi bape jam umo nk melangkah 26 tahun..pehhh serius lepas ni mmg layak panggil kak lin...still x blh terime..i'm still young ok..please stop that number..kalau pas ni 26 pastu 27 pastu 28....last sekali 30...wagrhhhhhhhhhhhh sudah tua..pastu 40....ishhh dah boleh jadi nenek...masih x blh terime lagi ni...*nangis esak2...


Wednesday, July 25, 2012

suami dpt bonus..isteri sgt gumbira..terus cari pen dan kertas+calculator


syukur alhamdulilah..tahun ni raye dpt rejeki bonus..tp bukan aku...laki aku..hehehehe "b nk kasut raye lagi sepasang boleh"

Friday, July 20, 2012

niat berpuasa....selamat berpuase..

 selamat menyambut ramadhan bagi semua umat islam..besok jgn lupe puase ye...sape sape x ingat niat puase aku ade tepek kat sini untuk panduan semua..kalau boleh niat sebulan terus..lg senang kan..tkt terlupe nanti..


niat puase harian bulan ramadhan
  Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

niat sebulan bulan ramadhan
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

doa berbuka puase

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...