madam azlin

madam azlin

Friday, October 7, 2011

sila la hargai isteri ye..


Kat sini aku ade beberapa banyak TAHUKAH korang??? Sila baca... jgn xbaca....

====================================================


TAHUKAH kau suami dan bakal suami?? Suami isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI....... tahukah kau wahai suami apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

====================================================

Di kala kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, TAHUKAH kau wahai suami yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah??

====================================================

TAHUKAH kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, di usap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan...
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!! Kurang asam toll....

====================================================

TAHUKAH kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang di rumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata xleh pejam....
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

====================================================

TAHUKAH kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
TAPI kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

====================================================

TAHUKAH kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam jer.....

====================================================

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!!
Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy... Isteri mesti tahu punya....
So, hargailah isteri dan bakal isteri korang, sebagaimana korang hargai emas korang, kereta korang, PS2 korang dan lain-lain........

p/s:yg dh kawen tu so paham2 je la ek?? kuikuikui (^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...